IBU KOTA
KUALA LUMPUR.....
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang-orang tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat 1 bilik dipanggil "Bilik Terakhir".
Dibilik inilah seringnya Berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan "BILIK TERAKHIR" adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada Keesokan harinya dibilik gantung..
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri & berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu bila proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis & bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tersebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk Menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan Kambing keluar semula. Ramai bomoh & pawang yg dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu.
Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya itu.
Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
"Heyyyyyy manusiaaa......
Jangan awak sentuh harta itu.
Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "
" Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa"
Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa.. . "
" Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa"
Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa.. . "
Wakakakkaka.... cam senget yo kan...
berpoloh2 den baco sosambil tutup mato
kato den takot ngan cito antuu..
sekaliiiiiiiiiii.................
wakanabeb!!!!
:Kusyuk dan tawaduk le gak time baca... cisss....





























3 comments:
Aku dah agak dah..
Bila awal2 lagi dah tulis KAMBING :))
amender laa ....acik pun baca sambey nyuruk bawah kosi tdik...
tetiber kuar watak jin ahmad albab lakk...!!
hampeeeeeeeeeeeeeeeeeesssssssssssssssss!!!!!!!!
Post a Comment